Kenapa anda kena detoks diri anda?

Hi. Harini saya nak share kenapa kita perlu detoks diri kita. Antara sebabnya ialah:

1. Pembuangan toksin dari dalam badan
 
Pendedahan yang terlalu lama kepada toksin(pencemaran persekitaran, bahan kimia penyebab kanser,pengawet,logam berat dan buangan industri)akan mempengaruhi metabolisma, sikap,sistem imun badan dan akan menyebabkan penyakit.Toksin ini akan disimpan di dalam tisu dan sel badan termasuk otak sehingga bertahun2.Sanggupkah?


2.Mengelakkan penyakit kronik.

Toksin persekitaran bertanggungjawab menyebabkan pelbagai kanser, penyakit berkaitan saraf, sakit jantung, strok dan banyak lagi.  Badan kita sememangnya mempunyai fungsi detoks semulajadi untuk mengatasi bahaya ini namun sekiranya terdedah dengan terlampau lama atau banyak akan menyebabkan sistem badan kita tepu dengan toksin ini. Detoks mampu membantu dan memperbaiki fungsi detoks semulajadi.

 

 
 
3. Meningkatkan fungsi sistem imun badan.
 
Gangguan pada sistem imun tubuh akan menyebabkan kita mudah dijangkiti batuk dan selsema sehingga boleh mengganggu kehidupan seharian kita.  Detoks secara berkala mampu menguatkan sistem imun tubuh dan menyababkan badan kita mampu melawan penyakit.


4. Mengurangkan berat badan.
 
Toksin boleh mengganggu kebolehan semulajadi badan untuk membakar lemak seterusnya boleh meningkatkan berat badan.  Diabetes, sakit jantung dan tekanan darah tinggi adalah penyakit yang sering dikaitkan dengan masalah berat badan. Detoks mampu menyingkirkan toksin yang tersimpan dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma.

5. Melambatkan penuaan.
 
Detoks boleh menyingkirkan radikal bebas dan logam berat yang boleh menyebabkan penuaan. Detoks membantu meningkatkan penyerapan nutrien seperti antioksida dan vitamin yang boleh melawan kesan penuaan.

6. Meningkatkan kualiti hidup
 
Secara amnya badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya dipenuhi dengan toksin. Kita boleh mengalami sakit kepala,sakit sendi,masalah penghadaman, masalah tidup dan kurang tenaga. Dengan detoks, kemurungan dapat dielakkan dan ingatan dapat diperbaiki.


7. Meningkatkan tenaga
 
Dengan detoks kita akan lebih mempunyai tenaga dari segi pemikiran, fizikal dan emosi. Tidur pun akan lebih nyenyak.
 
8. Memperbaiki kecantikan kulit.
 
Detoks boleh mengurangkan masalah jerawat, menguatkan rambut dan kuku serta memberikan kulit yang berseri-seri.

9. Emosi dan pemikiran yang lebih baik.
 
Dengan detoks kita mampu berfikir dengan lebih waras dan melihat sesuatu perkara dari sudut yang lebih baik(berfikiran positif).

10. Memberikan keseimbangan kepada sistem tubuh badan.
 
Sistem hormon, penghadaman dan saraf kita sering bekerjasama dalam mencapai kesihatan yang optimum. Sekiranya badan kita dipenuhi dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem badan kita tidak dapat berfungsi dengan baik dan kita akan mudah jatuh sakit.
 
Secara keseluruhannya, detoks boleh menyeimbangkan dan membantu sistem badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik.

Sayang badan?Nak Detoks?Jom Detoks dengan Shaklee.Anda akan rasai perubahannya.Hubungi saya 0132480986@Fb:Fathimah Azzaharah Kamaludin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge