Resepi biskut Famous Amos yang senang sangat.

Baru ni jumpa resipi biskut Famous Amos yang sedap dan senang kot. Since dah jadi mak beranak tiga memang semua nak cepat tapi sedap gitu.Ni kita belanja resipi:


Bahan A
2 1/2 cawan tepung gandum
4sb tepung jagung
1sb tepung beras
2sb serbuk koko
1sk soda bikarbonat
1sk serbuk penaik

Bahan B
250gm mentega
3/4 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
(tapi saya tak suka manis2 so saya kurangkan and tukar semua jadi gula perang)

Bahan C
sedikit esen vanila(saya derhaka buh butter vanilla)
sebiji telur
3sb minyak masak

tambahan;
10keping biskut marie
3sb nutella/hazelnut choc spread brand gardenia
coklat cip
badam cincang

Since saya tambah nestum n oat biskut marie tu sy kurangkan jadi 5 keping.

Cara-caranya:
1.Ayak bahan A.

2.Dalam bekas berasingan,gaulkan bahan B dengan spatula je.


3.Masukkan bahan C dalam adunan B

4.Masukkan 3sb nutella


4.Masukkan bahan A yang dah diayak tadi sesikit demi sedikit dalam adunan



5.Tambah biskut marie yang dah dihancurkan



6.Masukkan coklat chips dan badam cincang. Lepas dah gaul sebati simpan dalam freezer selama 30minit. Selalu sy bancuh malam.Pagi time budak2 ni tidur baru bakar.


7.Boleh buat bentuk yang awak suka lepas 30 minit.Tak kisahla nak kecik ke besar.  Sapu marjerin or mentega kat dulang biar taknak melekat. Bakar 170 darjah celcius selama 30 minit.


8.Dah siap boleh ngap dan simpan dalam bekas kedap udara ye.


Kalau campur oat dan nestum memang meriah susu badan. Dah jadi biskut milk booster pulak kan.Huhu.  Jom try. Tak nyesal punya.Jual pun laku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge