Cara Mengatasi Sembelit

Pernah tak tengok orang sembelit atau diri sendiri kena. Siksa kan. Rasa macam nak beranak pun ada kalau time membuang tu. Sembelit ni berlaku bila buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air,  dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.

Tanda-tanda Sembelit

  1. Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar
  2. Meneran semasa membuang air besar
  3. Sakit semasa pergerakan usus
  4. Kekejangan di bahagian abdomen

Sebab-Sebab Sembelit:

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

  1. Kurang Air adalah perkara pertama yg sering dikaitkan dgn sembelit
  2. Kurang makan serat buah-buahan dan sayur-sayuran
  1. Buat tak tahu perasaan ingin membuang air besar
  2. Kurang bergerak atau bersenam
  3. Kesan ubat ubatan spt ubat batuk (codein), ubat gastrik, penenang
  4. Stress, sedih dan risau boleh menyebabkan sembelit
  5. Perubahan Hormon seperti mengandung, haid, menopouse. Bagi yang mengandung hormone progesterone yg tinggi meregangkan otot-otot usus menyebabkan sembelit.
  6. Kurang bakteria baik untuk usus
  7. Makan makanan tinggi gula dan lemak

Umur yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Kalau nak tahu sembelit ni kalau dibiar lama2 boleh jadi buasir tau.  Lagi siksa kalau buasir nak jalan pun susah. Kat sini saya nak share cara mengatasi sembelit.

Cara Mengatasinya:

  1. Banyakkan minum air 2-3L sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir)
  2. Makan lebih banyak serat, terutamanya dari sumber sayur sayuran, buah buahan, bijirin seperti oat, nestum. Saiz hidangan sehari 3 senduk sayur , 2 hidangan buah-buahan sehari. Serat tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum)
  3. Lakukan senaman, sekurang kurangnya 3kali seminggu tidak kurang drp 45minit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.
  4. Paling PENTING Jangan malas buang air besar. Jangan tahan-tahan.Kalau dah nak membuang tu buang aje.
  5. Hidup secara sihat dan gembira, kurangkan stress, depress dan kerisauan anda.  Happy selalu. Lagipun kalau stress ni cepat tua tau.
  6. Makan makanan tambahan bagi memudahkan penghadaman bila diperlukan.

Kat sini saya nak share satu vitamin Shaklee yang boleh membantu melawaskan buang air iaitu Herb-Lax.

Herb-Lax ni boleh membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis perut. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar. Kalau nak tahu Herb-Lax ni julap semulajadi yang ada 9 herba semulajadi:

  • alfalfa leaves
  • senna leaves
  • anise seed
  • blue malva flower
  • buckhorn bark
  • licorice root
  • rhubarb root
  • fennel seed
  • culver’s root.

Selain membantu melawaskan najis, Herb Lax ni boleh detoks badan jugak tau. Detoks ni dia bersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detoks sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum. Jadi barulah nak kurus ke nak cantik ke berkesan.

 

Kebaikan lain Herb-Lax:

  • merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.  Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

 

Siapakah yang perlu amalkan Herb Lax ? 

  • pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit
  • mereka yang banyak jerawat
  • pesakit gout
  • mereka yang ingin membersihkan usus terutama sekali mereka yang baru berjinak2 dengan suplemen

BERMINAT DENGAN HERB-LAX? Hubungi saya untuk konsultasi. FATHIMAH-0132480986

(www.wasap.my/60132480986)

ATAU

Comments

  1. Pingback: Produk | Ummi Qadeer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *