Tips Atasi Susu Merudum Semasa Period bagi Ibu Bekerja

Assalamualaikum semua.

 

Siapa readers Cik Thim kat sini yang ada masalah susu merudum time (period)datang bulan?

 

Itulah. Teringat Cik Thim masa menyusukan anak first dan kedua asal datang bulan je mesti susu kurang. Lepastu mengagau n emo sebab nak kejar balik stok susu. Setiap titis susu tu sangat berharga. Tertumpah sikit pun dah menangis.

 

Kalau nak tahu susu merudum semasa datang bulan ikut orang jugak. Ada yang;

a)susu berkurang beberapa hari sebelum datang bulan dan kembali meningkat 1-2 hari datang bulan.

b)susu mula berkurang dari hari pertama datang bulan hingga 3-4hari datang bulan.

c)susu berkurang sepanjang tempoh datang bulan

Tak kisahla bila-bila pun, pasti ibu-ibu yang menyusu akan alami susu drop semasa datang bulan. Jadi kat sini Cik Thim nak share tips biar susu tak drop time datang bulan yang Cik Thim dah amalkan:

 

1)Banyakkan Minum Air

Keperluan kita sehari adalah 1liter bagi setiap 25kg. Kalau berat dah 50kg kena 2 liter la. Tapi bila datang bulan kena tambahkan sikit sebab dah keluar melalui darah haid. Bila kurang air, takut dehidrasi dan susu memang malu2 nak keluar.

 

2.Minum air barli

Ini petua orang dulu-dulu. Jangan minum sejuk, minum suam. Baru segar rasanya. Saya dah pernah cuba memang banyak perahan dari biasa.

 

3. Pam Lebih Lama untuk Dapatkan “Let Down” Extra

Biasanya kesalahan mak menyusu ni bila tengok susu sikit adalah berhenti pam.

Fikirannya kalau susu dah sikit takut tak cukup untuk anak,campur je la susu.

 

Salah tu!!!

 

Perasan tak kalau kita pam lebih lama ada masa tu tiba-tiba  payudara akan rasa penuh semacam dan tiba-tiba susu laju semacamje. Tu nama dia “Let Down”

 

Jadi tips nak kumpul susu time datang bulan ni kena buat extra masa untuk pam(pam lepas tu berhenti kejap dalam 5 minit then cuba pam balik).

 
4.Minum Nursing Tea

Nursing Tea ni kandungannya biasanya penggalak susu macam fenugreek, alfalfa dan thistle.  Biasanya kandungan penggalak susu tak banyak dalam minuman yang dipaketkan, thats why kena ambil hari-hari. Eloknya, mula ambil seminggu dua sebelum datang bulan.Cik Thim ni jenis yang nak cepatje. Bancuh-bancuh culas. Jadi Cik Thim telan Alfalfa Shaklee je.

 

5.Ambil Sumber Kalsium dan Magnesium

Sekali baca macam pelik bukan. Apa kaitan kalsium dengan penghasilan susu kan.  Sebenarnya, tahap kalsium dalam darah akan berkurang sekitar waktu ovulasi, menyebabkan adanya kaitan antara datang bulan dengan kurang penghasilan susu.

 

Since bila bayi minum susu dari mak dia akan tarik kalsium mak maka suplemen kalsium/magnesium boleh menaikkan semula paras kalsium dalam darah.

 

Sekiranya nak ambil suplemen kalsium kena pastikan ada magnesium dan vitamin D sekali sebab penyerapan kalsium akan meningkat dengan adanya dua sekawan ni.

 

Kalau Cik Thim la sekarang memang konsisten ambil Osteomatrix Shaklee untuk masalah susu merudum ni. Jadi penghasilan susu tu takdala menyedihkan. Yang paling best kaki tak mudah nak kejang kalau banyak bergerak dan senangje nak membuang air besar pagi-pagi.

 

Perlukan solusi untuk masalah susu merudum semasa datang bulan?

Hubungi:

Fathimah

SMS/WHATSAPP: 0132480986

Facebook:Fathimah Azzaharah Kamaludin

 

ATAU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *