Cara nak Elakkan Kena Jahit Semasa Bersalin

Pengalaman bersalin kadang-kadang merupakan mimpi ngeri bagi sesetengah wanita dan ada pula yang seronok semasa bersalin.  Ada yang bersalin tanpa perlu ubat penahan sakit, ada yang dinduce dengan pitocin, ada yang bersalin secara forsep atau vakum dan ada pula yang bersalin secara pembedahan.  Bersalin secara SVD (spontaneous vagina delivery) sekiranya salah teknik boleh menyebabkan vagina koyak sedikit atau sehingga ke dubur dan menyebabkan perlu dijahit. Ngilu nye. Itu yang jadi trauma tu. Alhamdulillah anak ke 2 dan ke 3 saya dapat bersalin tanpa perlu dijahit kerana vagina intact.  Jadi di sini saya nak share cara-cara mengurangkan risiko vagina koyak semasa bersalin:

 

1. Kuasai Teknik Pernafasan

Menjelang kelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini, anda mampu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Menurut Baby Center, teknik pernafasan beritma boleh membantu menghadapi proses bersalin yang mudah.

Antara cara yang boleh anda praktis adalah seperti berikut:

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.

2. Senaman Kegel / Senaman Lantai Pelvik

Menurut laman web perubatan MayoClinic, senaman dapat membantu anda membina kekuatan dan stamina. Antara senaman yang paling disarankan adalah senaman Kegel atau senaman lantai pelvik kerana ia memfokuskan pada bahagian peranakan wanita.

Cara melakukan senaman Kegel sangat mudah dan anda boleh melakukannya di mana saja, walaupun semasa menghadap komputer di pejabat!

Berikut adalah cara melakukan senaman Kegel:

  • Kemutkan otot pelvis seperti tindakan menahan kencing.
  • Tahan selama 5 saat
  • Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat
  • Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.
  • Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan

Senaman lantai pelvik juga boleh dilakukan dan amat bermanfaat untuk anda yang bakal melahirkan. Antaranya adalah posisi seperti dalam gambar di bawah:

3. Cara Meneran Yang Betul

Belajar cara meneran dengan betul adalah penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan tidak seharusnya meneran sebelum mendapat insyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum. Bayangkan betapa comelnya baby yang akan dilahirkan tu .

Ketika hampir bersalin, praktiskan posisi ini bersama suami. Ini kerana, mungkin anda akan panik dan suami boleh membantu untuk ingatkan kita teknik yang betul.

Rapatkan dagu ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah seperti diarahkan oleh  doktor dan jururawat. Semasa datangnya kontraksi, tarik nafas dan teran selama yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Perlu diingat, meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung seperti membuang air besar. Ketika kepala bayi mula kelihatan, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk mengelakkan koyakan besar.

Elakkan mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koyakan! Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

4. Urutan Perineum

Penelitian dan sumber kesihatan menunjukkan bahwa urutan pada bahagian perineum beberapa minggu menjelang tarikh jangka bersalin dapat mengurangkan risiko episiotomi.

Urutan ini boleh dilakukan dua kali seminggu dengan memasukkan satu atau dua jari ke vagina, kemudian menekannya ke arah perineum. Proses ini boleh dilakukan sendiri di rumah.

Caranya:

  • Cuci tangan dengan air suam dan sabun. Pastikan kuku telah dipotong pendek dan bersih.
  • Pilih posisi yang selesa. Anda boleh lakukannya secara duduk, berbaring, atau meletakkan satu kaki di atas kerusi. Anda juga boleh melakukan urutan ini di dalam tab mandi atau pancuran air panas kerana kehangatan air dapat membantu melembutkan tisu perineum.
  • Setelah mendapat keselesaan, tempatkan jari ke dalam vagina dan tekan sedikit hingga anda merasakan sedikit sensasi. Anda boleh gunakan sedikit minyak vitamin E atau minyak kelapa dara untuk melancarkan bukaan perineum ini.
  • Kemudian, buat urutan dengan gerakan U pada sekitar dinding vagina. Sebagai permulaan, lakukannya selama seminit dan tingkatkan masa urutan sehingga 5 minit bagi setiap sesi.

Selepas beberapa minggu, anda akan mendapati kulit dan otot pada bahagian vagina akan menjadi lebih anjal. Menurut Clare Herbert, panel BabyCenter, urutan ini juga boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa tempoh berpantang.

 

5.Doa/Zikir/Meditasi

Hafalkan doa, zikir, atau lakukan meditasi supaya anda dapat mengawal stres sepanjang mengandung dan sewaktu menjelang kelahiran. Ini penting kerana stres dapat menyebabkan masalah kepada proses kelahiran.

Antara doa yang boleh diamalkan adalah:

doa-amalan-ibu-mengandung-3

 

6. Amalkan Pemakanan Omega 3

Pernah dengar tentang omega 3? Ianya ada dalam minyak zaitun, avocado, kekacang, salmon, ikan laut dalam.

Paling menarik adalah minyak ikan yang bersumberkan omega 3. Kenapa perlu minyak ikan? Pakar O&G pun selalu sarankan minyak ikan diambil semasa hamil kan. Selain nak bagi otak anak cerdik kerana kandungan DHA dalamnya, ia juga bagus untuk membuatkan kulit lebih elastik.

Bila elastik, boleh bayangkan yang ibu dapat kurangkan risiko koyak semasa meneran.

Kat sini saya nak cadangkan Omega Guard Shaklee. Selain dari sumber ikan laut dalam, ia juga bebas merkuri kerana telah mengalami proses penulenan berulang kali tanpa merosakkan zatnya.

 

7. Jaga Pemakanan

Akhir sekali, jangan lupa ambil makanan yang berkhasiat dan kaya nutrisi. Ianya penting untuk memastikan kulit anda sihat dan tubuh anda cergas sewaktu menahan kontraksi yang boleh memakan masa berjam-jam lamanya.

Sudah amalkan Omega Guard Shaklee?Jom dapatkan Omega Guard Shaklee dari saya
Pengedar Shaklee Pasir Gudang
Fathimah
No SID:1249184
No telefon:0132480986
ATAU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *