Bahayakah Gatal-Gatal Semasa Mengandung?

Alahan seperti gatal-gatal semasa mengandung kerap dialami terutama bagi ibu yang dalam trimester ketiga. Kadang-kadang stress jadinya. Mana taknya walaupun dah berpantang makan tapi kulit jadi kering dan ada bekas garu yang sangat hodoh akibat kegatalan yang tidak tertanggung. Lagila teruk kalau ibu memang penghidap eczema. Kegatalan ni biasa berlaku dekat muka, leher, dada, perut, lutut dan siku. Namun inilah pengorbanan seorang ibu. Sebabtu bila mengandung semua perbuatan kita dapat pahala.

 

Punca Kegatalan Semasa Mengandung

Kebiasaanya gatal-gatal semasa mengandung ni berpunca dari :

  1. Pemakanan dan peluh yang menyebabkan radang pada kulit terutama kawasan yang membesar seperti perut dan payudara

2.  Perubahan hormon estrogen yang akan kembali normal selepas melahirkan. Hormon estrogen ni berfungsi untuk mencantikkan struktur kulit.

 

Jenis Gatal-Gatal Semasa Mengandung

  1. Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy (PUPPP)

Keadaan ini di mana gatal, ruam merah dan biji-biji keluar dari abdomen perut yang bermula selepas kandungan berusia 35 minggu. Ia melanda 1% dari kehamilan terutama mereka yang mengandung kembar atau mengandung kali pertama.  Kajian mendapati kehamilan bayi lelaki berpotensi untuk kena gatal-gatal semasa mengandung. Ia adalah stretch mark yang bermula dari perut dan akan merebak ke peha, lengan dan punggung. Ia tidak merbahaya untuk ibu dan bayi yang dikandung cuma siksa je la rasa nak menggaru tu. Biasanya PUPPP ni akan hilang lepas beberapa hari melahirkan dan ada sesetengah kes terpencil sehingga berminggu-minggu.

 

2.    Prurigo of Pregnancy

Keadaan di mana kulit ada gelembung kecil macam digigit serangga di kawasan seperti tangan dan kaki. Ia boleh berlaku sepanjang kehamilan terutama dalam trimester kedua dan ketiga. Ia tidak merbahaya untuk bayi dan akan gatal-gatal semasa mengandung hilang lepas melahirkan

 

3.     Pemphigoid Gestation

Keadaan kegatalan kulit yang teruk di mana terdapat gelembung berair yang gatal dan mengeluarkan cecair.  Ia berlaku pada trimester kedua dan berterusan sehingga melahirkan.  Keadaan ini juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

 

4. Intrahepatic Cholestasis of Pregnancy

Keadaan gatal-gatal semasa mengandung yang teruk disebabkan oleh pengumpulan bile acid dalam kulit kerana saluran hempedu tersumbat. Ia berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Tiada ruam yang dilihat tetapi  ibu akan rasa gatal-gatal semasa mengandung yang amat dan jadikan ibu menggaru sehingga melecet. Tanda-tanda lain ialah air kencing menjadi keruh dan gelap dan ibu menjadi lemah. Keadaan ini adakalnya boleh menyebakan kematian bayi dalam kandungan dan kelahiran pramatang.

 

Sebaiknya sekiranya mengalami gatal-gatal semasa mengandung seperti di atas sila rujuk doctor bagi mengelakkan ia melarat dan ibu-ibu boleh cuba untuk mengamalkan tips ini.

 

Tips Untuk Kurangkan Gatal-Gatal Semasa Mengandung

  1. Memakai krim pelembab organic dan tanpa pewangi. Jaga selalu kelembaban kulit selama kehamilan sebab untuk mengalami gatal akan sangat tinggi. Dengan memakai krim pelembab, ini akan membantu mengurangkan bekas garu. Caranya, sapu kawasan seperti perut dan sekitar dada karena kawasan ini sangat tinggi kemungkinannya untuk gatal. Lebih bagus pakai Herbal Blend Shaklee kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan tanpa pewangi kerana krim yang wangi adakalanya lagi menerukkan gatal-gatal semasa mengandung.
  2. Perbanyak pemakanan sayur-sayuran, buah-buahan, dan air putih. Bahan-bahan tersebut sangat baik untuk menjaga kelembaban tubuh secara semulajadi. Keuntungannya pun tidak hanya untuk ibu hamil, namun juga untuk bayi yang dikandungnya.
  3. Gunakan pakaian yang mudah menyerap peluh. Wanita hamil biasanya menghasilkan peluh lebih banyak dari wanita yang tidak hamil. Kerana dia sering panas dan berpeluh, maka ini dapat menyebabkan gatal. Solusinya adalah dengan memakai baju mengandung yang terbuat dari kapas. Selain mengurangi gatal-gatal semasa mengandung, bahan ini juga selesa dipakai.
  4. Mandi dengan air sejuk. Sebaiknya jangan mandi dengan air panas kerana hanya akan meningkatkan risiko gatal-gatal semasa mengandunh. Jangan lupa untuk menggunakan sabun yang memiliki pH rendah, misalnya sabun bayi. Kat sini saya ingin cadangkan Set Mandian Bayi Shaklee yang mana ia terdiri dari sabun bayi, losyen dan minyak bayi. Walaupun ia wangi tetapi ia dicipta khas untuk bayi dan mereka yang berkulit sensitif. Penggunaannya sangat menjimatkan. Kalau tak habis guna dah bersalin baby pulak guna kan. Berbaloi sangat.

 

5.Amalkan Pengambilan Suplemen Semulajadi

Kat sini saya nak share beberapa  suplemen yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung untuk mengurangkan gatal-gatal semasa mengandung ini.

a)ESP
– baik untuk kecantikan kulit. Selain boleh mengurangkan pembentukan stretch mark, ESP juga baik untuk pertumbuhan bayi kerana kaya dengan protein bukan GMO

b)Omega Guard Shaklee

-kaya dengan EPA dan DHA yang membantu mengurangkan keradangan kulit. Selain itu ia juga membantu dalam pembentukan otak bayi dalam kandungan dan disamping kurangkan stress ibu.

c)Sustained Release Vitamin C

-membantu dalam merencat penghasilan eusinofil(sejenis sel darah putih yang merangsang keradangan) selain dapat meningkatkan penyerapan zat besi semasa hamil.

Berminat Untuk Dapatkan Produk Shaklee berikut jom hubungi saya:

Fathimah

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

0132480986

No SID:1249184

Anda juga boleh dapatkan produk ini dengan harga yang lebih murah sekiranya anda mendaftar menjadi ahli dengan bayaran RM79.50 termasuk pos.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge