Tips Kekal Sihat dan Cergas

Sekarang ni KKM gigih promosikan gaya hidup sihat. Mana taknya penyakit kencing manis darah tinggi yang dulu orang tua je kena sekarang seawal 18 tahun dah kena.

 

Bayangkan sampai satu tahap syarikat pembekal tak dapat menampung permintaan ubat darah tinggi dan insulin sehingga pembekalan kepada pesakit terpaksa dibekalkan setiap 2 minggu atau ditukar ke alternatif lain di klinik kerajaan

 

Sementalah, kita sekarang ni yang masih sihat kena beringat.Insuran pun tak nak cover kalau masa apply dah sakit. Jadi kita kena amalkan pemakanan yang sihat dan cara hidup sihat. Tak susah pun.  Mula-mula macam siksa tapi lama-lama bahagia tau. Badan terjaga emosi bahagia.

Antar tips yang ingin saya kongsikan ialah:

Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

2.Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Amalkan suku-suku separuh.  Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan

 

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan. Merokok mengundang pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung dan strok

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari. Paling bagus setengah jam 5 kali seminggu. Kalau ada tangga di pejabat amalkan menaiki tangga ke pejabat.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan. Kalau orang Islam baca quran dan berzikir merupakan meditasi terbaik

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.  Ikut saranan memangla tidur paling bagus 8jam sehari tapi kalau dah jadi mak takda maknanya nak tidur sampai 8 jam. Jadi antara tips untuk tidur yang berkualiti ialah

 

a.Tidur pada waktu yang tetap

Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk lena dengan lebih cepat setiap kali anda tidur.

b.Buat sesuatu yang menenangkan
Jika anda tidak boleh lena walaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena.

c.Jaga pemakanan
Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan ianya lebih sukar untuk anda lena. Selain itu, limitkan minuman yang anda ambil sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur anda terganggu dengan rasa nak terkencing. Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan keffein dalam kopi dan nicotin dalam rokok boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

d.Lakukan rutin sebelum tidur
Lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.

e.Selesakan diri
Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti pendingin hawa, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur yang ideal.

Selain itu, tidur yang baik juga bergantung kepada Tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang.

f.Limitkan waktu tidur di siang hari
Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, limitkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari.

Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang. Semasa anda hendak tidur pada waktu siang, pastikan suasana tempat tidur anda ideal seperti yang telah disebutkan diatas.

g.Bersenam
Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan lebih cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda.

h.Tangani stress
Tidur anda akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tangani stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun jadual, menetapkan priority dan membahagi tugasan anda. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut. Tuliskan perkara tersebut untuk mengingatkan anda pada esok hari.

 

i.Dapatkan nasihat doktor
Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur yang cukup, sila dapatkan nasihat doctor atau pegawai kesihatan berdekatan anda. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian. Ia dapat memberi aura positif kepada anda

 

Amalkan Suplemen Semulajadi Untuk Kesihatan Berpanjangan

Ramai orang kata suplemen tak perlu tapi memandangkan kita terdedah dengan pencemaran dan makanan proses dalam kehidupan seharian kita pengambilan suplemen adalah perlu. Bayangkan aja buah-buahan yang ada di pasaran sekarang kebanyakannya disembur bahan kimia sintetik untuk memastikan ia tahan lama sedangkan itu tidak baik untuk kesihatan. Jadi di sini saya ingi mencadangkan vitamin harian yang wajar diambil untuk kesihatan berpanjangan iaitu:

1)Vitalea Shaklee

Multivitamin pertama di dunia yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral untuk kesihatan menyeluruh. Baik untuk kesihatan darah dan tubuh

2)Vitamin B Complex Shaklee

Kaya dengan vitamin B dan asid folik yang baik untuk kesihatan saraf dan membantu dalam mengurangkan stress. Vitamin B juga merupakan vitamin tenaga. Cukup vitamin B dapat mengelakkan kulit yang kusam dan tak bermaya.

3)Energizing Soy Protein

Soya Non GMO yang kaya asid amino perlu dan kalsium yang mampu memberikan tenaga berkekalan sepanjang hari. Sarapan yang mudah dan sihat untuk mereka yang sibuk sepanjang hari. Baik untuk kesihatan otot dan kulit.

 

4)Vitamin C

Antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun badan. Pengambilan setiap hari dapat mengelakkan pembentukan radikal bebas yang menyebabkan mudah sakit. Selain itu,vitamin C boleh membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Beza vitamin C Shaklee dengan produk lain ia dilepaskan secara perlahan2 dan tidak menyebabkan gastrik.

 

Berminat dengan Vitamin Asas ini?

Hubungi

Pengedar Shaklee Pasir Gudang dan Masai

Fathimah azzaharah

No SID:1249184

No Telefon:0132480986

ATAU

Order Online Je

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge