Perlukah Kafein Sebagai Penambah Tenaga

Ada ke sesiapa yang sehari tak minum kopi macam tak sah? Teringat time blaja dulu minum kopi nak bagi alert masa blaja.  Banyak orang kata minum kopi bertenaga sebab ada kafein. Ye la kan kafein sebagai penambah tenaga dan tak bagi mengantuk kan?Realitinya makanan dan minuman seharian kita yang lain ada je kafein cuma kuantiti berbeza. Dalam teh dan coklat pun ada kafein juga tau.

Gambar ehsan healthyfoodguide.com

 

MiLo pun ada kafein ye sebab dia dari koko. Tiba-tiba teringat  iklan Minum MiLo anda jadi Sihat dan Kuat

Kafein ni juga ada terdapat dalam ubat-ubatan seperti perancang dan beberapa penahan sakit seperti ubat migrain macam Cafergot. Untuk sesetengah kes dalam ubat asma pun ada kafein.

 

Cara Tindakan Kafein

Kafein dikatakan boleh memberi kesan positif kepada badan dan minda sebab ia meningkatkan daya tumpuan dan jadikan lebih bertenaga.  Maknanya memang kafein  sebagai penambah tenaga kan. Kafein bertindak mengubah bahan kimia dalam otak dengan dua cara. Ia akan merencat tindakan adenosine dalam otak yang memperlahankan impuls saraf dan menjadikan otak lebih fokus.  Ia juga meningkatkan paras dopamine dalam otak yang akan memperbaiki emosi dan jadi lebih bertenaga.

Memangla kita biasa ambik milo atau kopi dengan kata lain kafein sebagai penambah tenaga tapi tau tak beberapa fakta tentang kafein yang perlu kita tahu. So sini saya nak share sikit pasal kafein:

 

1)Kafein Boleh Menyebabkan Ketagihan

Kafein adalah sejenis perangsang sistem saraf. Ada sesetengah orang berpendapat dah minum kopi misalnya boleh jadi ketagih. Kesan ketagihan ini disebabkan oleh peningkatan paras dopamine dalam otak. Walaupun ketagihan kopi tidak seteruk rokok dan dadah tapi kesan tak minum tu boleh jadi sakit kepala, stress,mood berubah-ubah, letih dan tak boleh fokus.

 

2)Kafein Lambat Disingkirkan Oleh Badan

Kafein biasanya akan diserap ke dalam tisu dan darah selepas pengambilan makanan mengandungi kafein.  Badan kita mengambil masa antara 4-12 jam untuk menyingkirkan kafein dari badan.

Sebab ia ambil masa 12jam untuk disingkirkan dari badan, memang ngam la minum waktu pagi dan kesan kafein akan hilang dekat nak tidur. No wonder akan jadi kebergantungan kepada kopi setiap pagi sebab bila bangun pagi kesan kafein tu dah hilang. Jadi akan jadi rutin minum kopi setiap pagi untuk mood yang lebih baik. Tapi bagi orang yang lebih tua tidak digalakkan untuk minum minuman berkafein kerana badan akan ambil masa lebih lama untuk singkirkan kafein

 

3)Kafein Boleh Jadi Merbahaya Untuk Kesihatan

Pengambilan kafein yang sederhana lebih kurang 300mg sehari(3 cawan kopi) tidak merbahaya untuk kesihatan. Tetapi pengambilan kafein berlebihan boleh menyebabkan risiko:

a)Osteoporosis

Gambar ehsan wikipedia.org

Pengambilan kafein sebanyak 744mg sehari boleh menyebabkan kehilangan magnesium dan kalsium dari tubuh serta boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Bagi orang yang sudah berusia terutama mereka yang sudah menopause perlu dikurangkan pengambilan kafeine sehingga 300mg sehari. Elok2 kafein sebagai penambah tenaga dapat tulang rapuh pulak.

Gambar Ehsan Kids.Inc

Kebanyakan makanan dan minuman berkafein tinggi gula seperti minuman bergas, kopi 3 dalam 1, air Milo dan coklat. Walaupun kafein sebagai penambah tenaga berpanjangan tetapi ia boleh menjejaskan kesihatan jika diambil selalu. Ye la minuman tinggi gulani kan boleh membawa kepada kencing manis. Melainkan kita minum kopi/teh tanpa gula. Ada berani? Kalau nak tahu kafein juga dikatakan boleh mengganggu penyerapan zat@nutrisi dalam badan kita. Thats why kalau nak ambik ubat atau vitamin tidak digalakkan dengan minuman berkafein. Takut kesannya kurang.

 

Jadi di sini saya ingi mencadangkan daripada mengambil kafein sebagai penambah tenaga seharian yang boleh menyebabkan kebergantungan apakata cuba  CoQ Trol Plus  Shaklee  . Memang berbaloi. Bagus sangat untuk dijadikan suplemen dan dihadiahkan kepada ibu bapa kita. Nak tahu lebih lanjut berkenaan CoQ Trol Plus boleh baca di sini.

 

Perlukan konsultasi untuk vitamin yang sesuai untuk masalah anda? Hubungi

Pengedar Shaklee Pasir Gudang/Masai anda

Fathimah Azzaharah binti Kamaludin

0132480986

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

  1. Pingback: 9 Cara Untuk Meningkatkan Tenaga Secara Semulajadi | Ummi Qadeer

  2. Pingback: Nak Survive Masa Berpuasa, Ibu Menyusu Wajib Buat Langkah Ini | Ummi Qadeer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge