8 Cara Untuk Meningkatkan Tenaga Secara Semulajadi

Assalamualaikum semua. Kali ni saya join kempen tingkatkan tenaga secara semulajadi. Kempen ni  dianjurkan Sis Olie Fazlea Best sangat sebab baru tahu rupanya kita boleh tingkatkan tenaga secara semulajadi.  Antara 8 cara untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi ialah:

1)Kawal Stress

Siapa tak pernah stress?Semua orang pernah kan. Stress ni guna banyak tenaga. Jadi daripada stress tak tentu hala baik kita abaikan. Salurkan dengan berkongsi dengan orang yang rapat dengan kita. Tak salah berkongsi masalah. Sekurang-kurangnya ringanla sikit beban yang ditanggung. Boleh juga kurangkan stress dengan shopping ke atau buat hipnosis dan yoga.

 

2)Belajar Untuk Kurangkan Kerja

Salah satu sebab letih dan tidak bermaya ialah terlebih kerja. Terlebih kerja maksudnya semua nak buat. Mana nak buat kerja rumah, mana nak buat kerja kat ofis mana nak handle keluarga dan orang sekeliling lagi. Memang penat. Jadi senaraikan kerja yang ada dan buat prioriti.  Bukan kata malas tapi belajar untuk minta tolong dari orang keliling jika perlu. Kita bukan ada kuasa Super Saiya pun. Jadi ini salah satu cara untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi y paling mudah.

Gambar Ehsan fanpop.com

 

3)Bersenam

Gambar ehsan motiveweight.blogspot.com

Bila bersenam kita akan lebih lena tidur tau. Sebabnya bersenam akan bakar kalori dan bawa oksigen ke seluruh badan dengan baik. Bersenam juga membolehkan badan kita hasilkan adrenalin dan noradrenalin iaitu hormone yang akan jadikan kita lebih bertenaga. Tak semestinya berjoging.  Aerobik dalam rumah dan berjalan laju pun dah bagus.

 

4)Elakkan merokok

Seperti yang kita tahu merokok membahayakan kesihatan.  Merokok akan menyebabkan tenaga berkurang dengan menjadikan perokok susah tidur. Ye la dalam rokok ada nikotin sejenis perangsang yang akan melajukan degupan jantung, meningkatkan tekanan darah dan merangsang aktiviti otak menjadikan susah nak tidur. Dan bila dah tidur, bila bangun akan menyebabkan ketagihan merokok. Kalau tak merokok tak sah. Tidak merokok juga merupakan salah satu cara untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi.

 

5. Kawal Masa Tidur

Kalau rasa macam tak cukup tidur, cuba kurangkan masa tidur. Nampak macam pelik tapi percayalah kurangkan masa tidur yang lama pada waktu siang dapat membolehkan kita mudah tidur dengan lebih lena. Sebabnya bila dah tidur siang lama, kita akan susah tidur dan kejap2 terbangun. Itu lagi penat. Bangun pagi mesti mengantuk dan letih.

6. Makan Untuk Tenaga

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi berulang kali lebih baik daripada makan 2 kali sehari tapi dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya makan dalam kuantiti yang besar akan mengakibatkan gula dalam darah meningkat dengan lebih tinggi dan cepat. Tenaga dan oksigen yang tinggi diperlukan untuk menghadam makanan selepas makan. Dan tenaga ke otak akan berkurang serta akan menyebabkan mengantuk dan letih.

Makan makanan dengan nilai indeks glisemik yang rendah sangat digalakkan kerana gula diserap dalam darah perlahan dan tenaga dapat dilepaskan ke dalam badan secara perlahan-lahan tidak seperti makanan yang tinggi indeks glisemik. Contoh makanan rendah indeks glisemik ialah bijirin, sayuran berserat tinggi dan kekacang. Secara amnya karbohidrat mempunyai indeks glisemik tinggi manakalan protein dan lemak kurang indeks glisemiknya. Jadi makanan ini dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi yang berpanjangan.

7. Minum Minuman Berkafein

Pengambilan kafein sekali sekala boleh menjadikan kita segar tapi pengambilan kafein selepas pukul 2petang boleh menyebabkan susah tidur.  Boleh juga baca entri ini Perlukah Kafein Sebagai Penambah Tenaga.

 

8. Banyakkan minum Air

Tanda kita kurang air ialah kita akan letih. Ini kerana 70% badan kita terdiri dari air dan air diperlukan untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Bukan air manis tau tapi air kosong.Air manis kang tak pasal-pasal gula dalam darah naik. Cara untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi yang paling berkesan tau.

 

Semoga bermanfaat.

 

Perlukan konsultasi berkenaan vitamin untuk masalah yang anda hadapi?

 

Atau

Ingin Menjana Pendapatan Tambahan Di kala gawat ni?

 

Hubungi:

Pengedar Shaklee Pasir Gudang/Masai

Fathimah Azzaharah Kamaludin

No Telefon:0132480986

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge