Kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia

Hai dan Assalamualaikum.  Baru-baru ni cik thim join kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia by sis Olie.  Bila cakap pasal kecantikan siapa tak nak cantik kan.  Keluarla apa produk kosmetik untuk penjagaan kulit wajah mesti laku punya asal boleh memberikan jaminan kulit cantik menawan. Namakan apa je produk penjagaan kulit yang ada dalam pasaran baik dari pencuci muka, skrub muka, pelembap, krim kecantikan dan banyak lagi.

Realitinya kebanyakan produk penjagaan kulit bagi tujuan kecantikan lebih banyak diperbuat dari bahan sintetik yang akan memberikan banyak keburukan berbanding kebaikan. Pemilihan produk kecantikan luaran ni sama la macam produk kecantikan dalaman (makanan). Kalau boleh cari tu biarlah yang semulajadi. Ye la bila banyak sangat bahan toksin dan kimia sintetik meresap dalam badan boleh sebabkan masalah hormone macam period tak teratur dan tak subur. Kadang-kadang boleh jadikan kulit menipis, alergi dan kanser. Bahan kimia sintetik ni juga biasanya ada yang macam hormone estrogen perempuan (xenostrogen) dan boleh ganggu estrogen semulajadi dalam badan dengan cara duduk dalam reseptor yang patutnya estrogen semulajadi duduk at last ganggu keseimbangan hormone dalam badan.  Worst come to worst kalau dalam badan tempoh lama boleh rangsang kanser dan merosakkan buah pinggang.  Sebab tu cik thim nak share dengan semua tentang kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia.

 

Kalau cakap produk kecantikan ni belum kira krim kilo lagi.  Asal putih gebu mulus dalam beberapa hari laku aja. Bila penjual letak testimoni yang meyakinkan orang beli aja tanpa selidik dulu.Bahagian Farmasi KKM pun tak boleh nak kawal. Sedangkan kalau cepat putih ni kandungan hidrokuinon tinggi. Sekali berhenti je of course jeragat tuk nenek naik. Yang paling menakutkan hiperpigmentasi kulit. Time ni dah tak boleh reverse balik  da.

Jadi untuk kesedaran tentang kulit cantik tanpa kimia ni cik thim nak bagi tips kecantikan kulit muka(boleh refer entri ni) dan cara pemilihan produk penjagaan kulit muka yang baik dan selamat.

Cara Pemilihan Produk Kecantikan

1) Pastikan bahan dari sumber semulajadi. Lebih semulajadi lebih selamat.

2) Company yang keluarkan produk tu ada R&D nya sendiri & sentiasa melakukan ujian klinikal ke atas manusia, bukan pada haiwan.(dah tentu kulit manusia tak berbulu macam haiwan kan)

3) Tidak ada merkuri, hidrokuinon @ mana-mana bahan kimia pemangkin untuk menjadikan proses kecantikan kulit menjadi lebih cepat (putih dan mulus biasanya) dari tempoh yang sepatutnya.

4) Produk itu tidak terlampau mengeringkan kulit & tidak terlampau melembapkan.

5) Elakkan Produk yang terlampau berbuih kerana ia akan buat kulit tersangat kering & pastikan apabila mengambil produk tersebut ia serasi dengan kulit kita.

Kalau cakap bab kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia berbahaya ni banyak isunya kan. Boleh juga baca entry dari blogger ni.  Semoga bermanfaat.

#cantiksecarasemulajadi

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge