Petua Cantikkan Kulit

Muka adalah aset utama semua orang.  Ye la kalau muka macam tongkang pecah pasti ada makcik bawang yang mengata.  Nak cantik tak semestinya putih tapi asal sedap mata memandang kan.  Ramai orang sanggup berhabis sampai ribuan ringgit bagi satu-satu masa untuk cantikkan kulit.  Actually jaga muka ni takdala sesusah mana pun dan takla mudah sangat.  Cuma cara kita uruskan penjagaan muka untuk cantikkan kulit kan.

 

Tips Cantikkan Kulit:

1)Kenal jenis kulit.

Setiap kulit muka contohnya berbeza cara pengurusan dan penjagaan untuk cantikkan kulit.Boleh ikut  jenis kulit muka:

a) Untuk kulit kering, anda dinasihatkan jangan terlalu kerap mencuci muka dengan air suam kerana ia akan membuatkan kulit lebih bertambah kering. Namun, untuk kulit berminyak, memang digalakkan menggunakan air suam untuk mencuci muka dan cantikkan kulit muka.

b)Untuk kulit kering juga, digalakan memakai masker minimum seminggu sekali. Gunakan juga toner dan milk cleanser, tetapi untuk yang berminyak usahakan tidak menggunakannya bagi cantikkan kulit.

2)Wap Muka

Wap muka ini tidak semestinya dilakukan di salon kecantikan sahaja. Bolehje buat sendiri, caranya juga sangat mudah. Petua cantikkan kulit ini menggunakan teknik wap yang  orang dulu-dulu pun buat. Caranya, didihkan air dan masukkkan hirisan lemon, tomato ataupun timun. Kemudian dekatkan muka ke air panas tersebut. Selubung kepala dengan kain.  Lakukannya selama 10-20 minit secara teratur pada setiap minggu.

Wap muka ni boleh membantu cantikkan kulit dengan cara elakkan pori-pori dari tersumbat dan membersihkan kulit daripada sebarang kekotoran seperti debu habuk bagai. Wap juga boleh bantu elakkan masalah kulit kusam dan jerawat yang disebabkan oleh sisa-sisa mekap dan sebagainya.

 

3)Masker Kunyit Hidup

Tahu tak kunyit yang kita selalu guna kat dapur tu ada banyak khasiat untuk memutihkan kulit, samada kulit tubuh mahupun kulit wajah. Bagi yang nak cantikkan kulit seperti putihkan kulit wajah dengan bahan semulajadi, bolehlah gunakan kunyit.

Kulit muka bukan setakat cerah dan putih, bahkan juga bersinar-sinar.  Caranya campurkan satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan ssetengah sudu makan madu sehingga jadi paste. Kemudian sapu pada muka secara merata, biarkan selama 10 minit dan bilaslah sehingga bersih.

 

4)Rawat Kulit Wajah Sebelum TIdur

Dalam al Quran pun dah sebut waktu malam adalah untuk beristirehat.  Hebatnya aturan Allah.  Rupanya malam adalah waktu yang paling sesuai bagi cantikkan kulit di mana kulit akan melakukan regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda)

Proses regenerasi kulit akan membuatkan kulit muka especially menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta terhindar daripada kedutan serta garis-garis penuaan. Jadi sebab itulah penting untuk kita mencuci muka sebelum tidur agar kulit muka dapat bernafas(bayangkan kalau tersumbat camna nak bernafas)  dan tidak menghalang kulit muka untuk berregenerasi. Kan senang nak cantikkan kulit.

 

a.Bersihkan Sisa-sisa Mekap

Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk cantikkan kulit ialah menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotoran yang melekat di wajah. Cara paling senang, pakai ‘make-up remover’. Jika nak gunakan bahan semulajadi, boleh juga gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa-sisa mekap itu hilang.

 

b. Jangan Lupa Gunakan Toner

Toner ada dua fungsi, sebagai penyegar dan juga membantu cantikkan kulit dengan cara membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak dapat disempurnakan oleh make up remover ataupun pembersih muka.

 

c. Krim Malam

Krim malam sangat berguna untuk merawat dan melembabkan wajah bagi cantikkan kulit, terutama bagi anda yang mempunyai masalah wajah berjerawat, menghilangkan noda hitam serta menghilangan kedutan di wajah.

Ada banyak sebenarnya produk penjagaan muka kat pasaran ni. Kalau boleh pakai yang dari sumber semulajadi sebab dapat jaga muka dan kesihatan kita untuk tempoh lama. Boleh cuba Youth Shaklee produk Kecantikan Selamat.

5)Rutin Minum Air Masak

Minumlah air masak sebanyak lapan gelas sehari kerana ia dapat menyihatkan badan membuatkan kulit segar dan tidak kering. Ini petua cantikkan kulit yang paling senang dan murah.

 

6)Bersenam

Usahakan untuk bersenam, paling kurang seminggu sekali. Dengan bersenam anda bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, bahkan akan cantikkan kulit dengan cara menegangkan dan memperlambatkan kerutan semulajadi pada kulit.

 

7. Air Wuduk

Bagi  yang beragama Islam, orang yang rajin berwuduk, pasti akan cantikkan kulit kerana kulit muka akan kelihatan lebih bersinar. Setiapkali mahu bersolat, anda pasti akan membersihkan muka,minimum lima kali dalam sehari sehingga kebersihan kulit muka akan terjaga dan terhindar daripada masalah-masalah kulit lainnya.

Tak susah kan petua cantikkan kulit. Nak tak nak je.

#beradiant

#youthiful

#youthishope

 

 

Comments

  1. Pingback: Kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia | Ummi Qadeer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge