Tips Penjagaan Muka Untuk Kekal Cantik

Muka adalah aset utama semua orang.  Ye la kalau muka macam tongkang pecah pasti ada makcik bawang yang mengata.  Nak cantik tak semestinya putih tapi asal sedap mata memandang kan.  Ramai orang sanggup berhabis sampai ribuan ringgit bagi satu-satu masa untuk jaga muka biar kekal cantik.  Actually jaga muka ni takdala sesusah mana pun dan takla mudah sangat.  Cuma cara kita uruskan penjagaan muka untuk kekal cantik tu yang penting.

 

Tips penjagaan muka untuk kekal cantik:

1)Kenal jenis kulit muka.

Setiap kulit muka berbeza cara pengurusan dan penjagaan.Boleh ikut  jenis kulit muka:

a) Untuk kulit kering, anda dinasihatkan jangan terlalu kerap mencuci muka dengan air suam kerana ia akan membuatkan kulit lebih bertambah kering. Namun, untuk kulit berminyak, memang digalakkan menggunakan air suam untuk mencuci muka.

b)Untuk kulit kering juga, digalakan memakai masker minimum seminggu sekali. Gunakan juga toner dan milk cleanser, tetapi untuk yang berminyak usahakan tidak menggunakannya.

2)Wap Muka

Wap muka ini tidak semestinya dilakukan di salon kecantikan sahaja. Bolehje buat sendiri, caranya juga sangat mudah. Tips penjagaan muka menggunakan teknik wap ni orang dulu-dulu pun buat. Caranya, didihkan air dan masukkkan hirisan lemon, tomato ataupun timun. Kemudian dekatkan muka ke air panas tersebut. Selubung kepala dengan kain.  Lakukannya selama 10-20 minit secara teratur pada setiap minggu.

Wap muka ni boleh membantu untuk elakkan pori-pori dari tersumbat dan membersihkan kulit daripada sebarang kekotoran seperti debu habuk bagai. Wap juga boleh bantu elakkan masalah kulit kusam dan jerawat yang disebabkan oleh sisa-sisa mekap dan sebagainya.

 

3)Masker Kunyit Hidup

Tahu tak kunyit yang kita selalu guna kat dapur tu ada banyak khasiat untuk memutihkan kulit, samada kulit tubuh mahupun kulit wajah. Bagi yang nak putihkan kulit wajah dengan bahan semulajadi, bolehlah gunakan kunyit.

Kulit muka bukan setakat cerah dan putih, bahkan juga bersinar-sinar.  Caranya campurkan satu sudu makan kunyit hidup yang sudah dikisar halus dengan ssetengah sudu makan madu sehingga jadi paste. Kemudian sapu pada muka secara merata, biarkan selama 10 minit dan bilaslah sehingga bersih.

 

4)Rawat Kulit Wajah Sebelum TIdur

Dalam al Quran pun dah sebut waktu malam adalah untuk beristirehat.  Hebatnya aturan Allah.  Rupanya malam adalah waktu yang paling sesuai bagi kulit untuk melakukan regenerasi kulit (pengantian sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit baru atau yang muda)

Proses regenerasi kulit akan membuatkan kulit muka especially menjadi lebih sihat, anjal, bersih, lembut serta terhindar daripada kedutan serta garis-garis penuaan. Jadi sebab itulah penting untuk kita mencuci muka sebelum tidur agar kulit muka dapat bernafas(bayangkan kalau tersumbat camna nak bernafas)  dan tidak menghalang kulit muka untuk berregenerasi.

 

a.Bersihkan Sisa-sisa Mekap

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menghilangkan semua sisa mekap dan juga kotoran yang melekat di wajah. Cara paling senang, pakai ‘make-up remover’. Jika nak gunakan bahan semulajadi, boleh juga gunakan air mawar kerana ia bersifat sebagai pembersih semulajadi. Gunakan kapas lembut sehingga semua kotoran dan sisa-sisa mekap itu hilang.

 

b. Jangan Lupa Gunakan Toner

Toner ada dua fungsi, sebagai penyegar dan juga membantu membersihkan sisa-sisa kotoran yang tidak dapat disempurnakan oleh make up remover ataupun pembersih muka.

 

c. Krim Malam

Krim malam sangat berguna untuk merawat dan melembabkan wajah, terutama bagi anda yang mempunyai masalah wajah berjerawat, menghilangkan noda hitam serta menghilangan kedutan di wajah.

Ada banyak sebenarnya produk penjagaan muka kat pasaran ni. Kalau boleh pakai yang dari sumber semulajadi sebab dapat jaga muka dan kesihatan kita untuk tempoh lama. Boleh cuba Youth Shaklee. (Jom baca entri ni)

5)Rutin Minum Air Masak

Minumlah air masak sebanyak lapan gelas sehari kerana ia dapat menyihatkan badan membuatkan kulit segar dan tidak kering. Ini tips penjagaan muka untuk kekal cantik yang paling senang.

 

6)Bersenam

Usahakan untuk bersenam, paling kurang seminggu sekali. Dengan bersenam anda bukan sahaja terhindar daripada sebarang penyakit, bahakan kulit akan kelihatan lebih tegang dan memperlambatkan kerutan semulajadi pada kulit.

 

7. Air Wuduk

Bagi  yang beragama Islam, orang yang rajin berwuduk, pasti kulit muka akan kelihatan lebih bersinar. Setiapkali mahu bersolat, anda pasti akan membersihkan muka,minimum lima kali dalam sehari sehingga kebersihan kulit muka akan terjaga dan terhindar daripada masalah-masalah kulit lainnya.

Tak susah kan nak jaga kulit untuk kekal cantik. Nak tak nak je.

#beradiant

#youthiful

#youthishope

 

 

Comments

  1. Pingback: Kempen kesedaran kulit cantik tanpa kimia | Ummi Qadeer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge