Nak Survive Masa Berpuasa, Ibu Menyusu Wajib Buat Langkah Ini

Bulan puasa dah tinggal kurang sebulan lagi. Mesti ibu-ibu di luar sana ada yang tengah sibuk nak ganti puasa kan? Dan ada juga yang berkira-kira boleh ke tak puasa tahun ni.  Mana taknya tahun lepas tak puasa sebab uzur barangkali atau memang tengah mabuk mengandung.  Tahun ni kalau boleh taknak la bayar fidyah lagi sebab tak sempat nak ganti puasa atau tinggal puasa kecuali datang bulan kan. Dilema betul. Memang dalam Islam ada kelonggaran untuk ibu menyusu dan mengandung untuk berbuka kalau tak larat tapi nak juga usahakan untuk berpuasa walau menyusukan anak kan.

Sebenarnya ibu menyusu nak survive dan kekal bertenaga masa puasa boleh je. Tak jadi masalah. Cuma kena ikut cara yang betullah kan.  Sebab kalau salah cara belum pukul 10 dah mengigil badan kelaparan lepastu macam tak cukup zat je rasa(pernah rasa kot).

Jadi nak survive dan kekal bertenaga masa berpuasa,ibu menyusu wajib buat langkah ini.

1)Banyakkan minum air

Ambil air secukupnya masa selepas berbuka sehingga sahur. Takdela terus togok air 1 liter masa sahur tapi bahagikan pengambilan air sehingga 8 gelas sehari supaya oksigen mencukupi dan tidak mudah letih. Paling bagus kurangkan la minum air manis.  Sebab air manis banyak minum lagi cepat dahaga.

 

2. Elakkan Minum Kopi dan Teh

Kopi dan teh adalah pilihan yang baik untuk jadikan badan kekal bertenaga dan sesuai dijadikan minuman semasa bersahur. Tetapi tidak digalakkan untuk ibu yang menyusu sebab kandungan kafein yang tinggi. (Boleh baca entri ni)

 

3.Sibukkan diri dengan aktiviti

Sekiranya korang ibu bekerjaya tiada masalah sibuk dengan kerja tahu-tahu dah waktu nak balik dan berbuka. Cuma kalau bercuti atau memang surirumah bila lepas sahur tu mula la rasa mengantuk menguasai diri. Tertidur sekejap pun bangun dah lapar.  Apa kata lawan rasa mengantuk tu dengan buat aktiviti seperti bersenam ringan,  berkebun,  membaca AlQuran(dapat kumpul pahala) atau ajak encik suami pergi berjalan.Mesti tak rasa letih tu.  Malah boleh bakar kalori berlebihan. Boleh turunkan berat.

4. Dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi

Selepas berbuka dan terawih jangan lambat-lambat tidur sebab ia akan ganggu masa sahur. Sahur awal sangat pun boleh jadi cepat lapar dan tak bertenaga. Kan ikut sunnah lambatkan bersahur dan cepatkan berbuka kan.  Dah namanya ibu menyusu pasti akan kerap terjaga masa waktu malam.  Tapi ajar anak untuk masuk tidur awal supaya sekurang-kurangnya kita dapat tidur yang berkualiti.

 

5.Makan makanan yang berkhasiat semasa bersahur

Bersahur adalah sunnah.  Bukan kata bersahur nasi tak bagus tapi kalau boleh elakkan sahur yang terlampau berat kerana ia akan buat kita rasa mengantuk selepas subuh.  Elakkan juga makanan berminyak dan pedas kerana ia akan mengganggu perut dan menyebabkan rasa cepat lapar.  Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa bersahur.  Overnight oat pun best juga.

 

6.Amalkan pengambilan vitamin semasa berpuasa.

Ibu menyusu memerlukan zat yang mencukupi untuk kekal bertenaga semasa berpuasa. Nak harapkan makanan semasa berbuka sampai sahur banyaknya makanan tak sihat dari yang sihat sebab kita terkejar-kejar dengan anak, kerja rumah dan terawih kan.  Sebabtu CThim sangat sarankan nak survive masa berpuasa ibu menyusu ambil vitamin set menyusu ni.  Susu meriah, badan sihat,  anak kenyang,  tidur pun lena.  Okla set menyusu ni terdiri dari:

1)ESP

✔Protein soya yang lengkap dengan semua asid amino yang diperlukan badan kita. Sangat menyokong pertumbuhan sel badan.

✔Mempunyai nilai indeks glisemik rendah(kadar pelepasan gula dalam darah perlahan. Maka tenaga akan dilepaskan secara perlahan).  Dengan kata lain susah nak rasa lapar dan kekal ada tenaga je.

✔Protein yang mudah hadam dan mudah diserap oleh badan. Dan ini mengurangkan risiko gastrik. Jadi takdela cepat gastrik kalau perut kosong

✔Memekatkan susu dan memberikan bayi rasa kenyang lebih lama. Baby boleh tidur lena gitu.

 

2)Vitalea

✔Multivitamin lengkap yang memberi kesemua vitamin dan mineral kepada badan.

✔Pelengkap nutrisi dalam badan

✔Dapat mengelakkan anemia semasa berpuasa.  Kalau kurang darah pun boleh affected susu tau.

CThim ambik vitalea ni masa sahur. Memang susu double meriah

 

3)Vitamin B Complex

✔Membekalkan tenaga kepada ibu menyusu.

✔Mengurangkan stress ibu menyusu. Bila tak stress tiadala adegan susu drop kan.

 

4. Sustained Release Vitamin C

Meningkatkan penyerapan zat besi dalam darah

✔Meningkatkan pembentukan kolagen kulit seterusnya mencantikkan muka.  Takdela muka kusam semacam. Berserije walau berpuasa. Antioksida yang baiktu

✔Meningkatkan sistem pertahanan badan. Jadi tiadala mudah sakit kan.

 

5.Alfalfa

✔Milkbooster

✔Jamu moden yang boleh menganjalkan aset wanita.

✔Dapat mengelakkan risiko keputihan. Lagi2 kalau letih sangat kan.

Berminat dengan vitamin menyusu Shaklee untuk puasa yang lebih cergas?

Hubungi

Cthim

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

0132480986

COD area Pasir Gudang dan pos ke seluruh Malaysia.

ATAU

Order Online

Selamat menjalani ibadah puasa yang lebih sihat dan cergas ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge