Cara Mengatasi Bed Sores Bagi Pesakit Kencing Manis Yang Terlantar

Apa itu kudis tekanan atau bed sores?

Kudis tekanan/ bed sores ialah kulit atau tisu yang tercedera disebabkan kurangnya pengaliran darah dikawasan kulit yang terlibat. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan baring yang terlalu lama dan tidak berubah posisi kedudukan. Kebanyakan kudis tekanan berlaku pada pesakit-pesakit yang terlantar lumpuh atau pesakit yang mengalami koma dan tidak mampu bergerak untuk mengubah kedudukan. Keadaan bed sores ini akan bertambah teruk sekiranya pesakit ini mengalami kencing manis yang tidak terkawal di mana sekiranya bed sores ini luka dan mengalami jangkitan ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh berbanding pesakit biasa.

Ihsan healthsaver.com.au

Tanda-tanda bed sores yang biasa berlaku ialah timbul warna kemerah-merahan pada bahagian yang berisiko seperti di kawasan telinga, siku, tumit, punggung, buku lali dan sebagainya. Bed sores boleh menjadi bahaya kerana komplikasi seperti jangkitan kuman  jika kudis tidak di bersihkan dan dijaga dengan rapi. Bed sores selalunya akan menyebabkan rasa sakit yang kuat sehingga menimbulkan ketidakselesaan bagi pesakit. Bagi bed sores yang sudah dijangkiti kuman, merujuk kepada doctor adalah langkah yang terbaik.

 

Bed Sores terbahagi kepada 4 tahap iaitu

Ihsan medicalnewstoday.com
  1. Kulit nampak merah dan sakit apabila disentuh.  Akan rasa sedikit gatal.
  2. Bed sore akan terkopek atau ada benjolan dengan perubahan pada warna kulit.
  3. Kawah luka terbentuk disebabkan kerosakan tisu pada bawah permukaan kulit.
  4. Kerosakan tisu dan kulit yang sangat teruk sehingga menampakkan otot dan tulang.

Cara Mengatasi Bed Sores Bagi Pesakit Kencing Manis Yang Terlantar

Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencegah bed sores adalah

1)Alihkan posisi pesakit setiap 2 jam sekali. Ini kerana salur darah boleh menjadi lebih sempit disebabkan berat badan pesakit yang akan menekan salur darah dan menyebabkan bed sores. Penjaga perlu mengalihkan posisi badannya setiap dua jam sekali (mengiring sebelah kanan, telentang, mengiring sebelah kiri) dan melapik dengan bantal pada bahagian-bahagian tertentu badan untuk mengurangkan tekanan. Geseran yang terlalu kasar perlu dielakkan ketika perubahan posisi dilakukan.

 

2)Gunakan alas tilam khas  kebiasaanya tebal antara 5-10cm yang dapat mengurangkan tekanan pada tempat-tempat yang terlibat. Alas tilam perlu disalin dengan kerap bagi memastikan kebersihan dan mengelakkan jangkitan pada bed sores menjadi teruk

 

3)Lakukan urutan pada bahagian yang mempunyai risiko tinggi berlakunya bed sores. Rawatan ini boleh dilakukan dengan mengosok bahagian berisiko. Dinasihatkan supaya tidak melakukan urutan di bahagian yang telah berkudis kerana boleh merosakkan salur darah dan saraf.

 

4) Lakukan cara baringan yang baik bagi mencegah bed sores:
a)Rendahkan kepala katil untuk mengelakkan geseran antara bahagian tubuh pesakit dan tilam.
b)Elakkan baring di atas bahagian yang sakit. Gunakan bantal untuk mengelakkan kudis tersebut daripada tekanan.
c)Jangan baring di atas tulang pinggul.
d)Letakkan bantal di antara buku lali dan lutut untuk mengelakkan daripada bergeser antara satu sama lain, dan juga di bawah betis untuk meninggikan tumit dari tilam.
e)Jangan letakkan bantal di bawah lutut kerana ini boleh mengurangkan peredaran darah ke kaki.

 

5)Bersihkan kawasan bed sores dengan air bersih dan sabun yang mempunyai pH yang neutral. Pemilihan sabun yang tidak sesuai boleh menerukkan jangkitan bed sores. Lap kering dan letakkan gauze yang bersesuaian. Bagi bed sores yang terkena jangkitan, sila rujuk doctor untuk krim antiseptik

 

6)Sekiranya pesakit memakai pampers, salin pampers dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan pada luka.

 

7)Pakaikan pesakit baju yang longgar bagi mengelakkan bed sores menjadi teruk.

 

8)Berikan makanan yang seimbang yang kaya dengan vitamin A, vitamin B, C dan E bagi mengelakkan bed sores terjadi. Pastikan bacaan gula pesakit kencing manis berada dalam julat normal kerana bacaan gula yang tinggi boleh melambatkan proses penyembuhan luka pada bed sores.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu Mengatasi Bed Sores Pesakit Kencing Manis Yang Terlantar?

Untuk pencegahan mahupun rawatan luka bed sores pesakit kencing manis, Vivix berfungsi sebagai sokongan nutrisi dari peringkat dalam sel lagi. Alhamdulillah setakat ini ramai semakin sihat dengan pengambilan Vivix untuk luka diabetes disamping pengambilan ubat yang betul dan rawatan luka yang dilakukan.

 

Vivix bukan ubat ajaib untuk merawat penyakit kencing manis tetapi ia mengandungi resveratrol iaitu antioksida yang sangat baik untuk kesihatan

 

Cara Resveratrol Dalam Vivix Membantu Sembuhkan Luka Bed Sores Diabetes

1. Tingkatkan Sensitiviti Insulin

Apabila tubuh kehilangan sensitiviti terhadap insulin, kandungan gula dalam darah akan tinggi dan melambatkan proses penyembuhan luka bed sores. Resrevatrol yang terkandung di dalam Vivix mampu membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Kerintangan insulin adalah salah satu faktor penyumbang utama kencing manis dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kandungan gula dalam darah dapat dikurangkan dan risiko jangkitan akan berkurang.

2. Mengaktifkan Enzim SIRT1

Resrevatrol boleh mengaktifkan enzim yang boleh mencegah dan mengurangkan bacaan gula iaitu enzim SIRT1. Enzim SIRT1 ini mesti diaktifkan kerana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Selain itu, Vivix turut membantu dari segi:

  • Mengandungi anthocyanins yang membantu dalam menjaga dan memperbaiki kesihatan saraf dan membantu menyembuhkan luka dalam kadar segera.
  • Resveratrol membantu mempercepatkan penyembuhan luka diabetes.

Kat sini nak Saya nak share la kesan pengambilan Vivix terhadap luka 

dan juga kesan pengambilan Vivix terhadap bacaan gula dalam darah.

Berminat dengan Vivix, hubungi saya

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Fathimah

0132480986

Atau

Order Online

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge