Langkah Untuk Melegakan Sembelit Selepas Bersalin

Melahirkan zuriat adalah satu momen indah buat seorang ibu. Namun, bila bab membuang air besar,ada sedikit ngeri di situ. Lagi-lagi memang ada sejarah buasir dan menerima jahitan pada perineum ketika bersalin.  Ini menyebabkan ibu semacam fobia untuk membuang air besar sehingga menyebabkan sembelit.

 

Sebenarnya sembelit selepas bersalin biasanya disebabkan oleh:

1.Hormon progesteron yang tinggi selepas bersalin

2.Sistem pencernaan yang lebih perlahan semasa bersalin.

3.Kesan ubat tahan sakit yang digunakan iaitu injection pethidine semasa proses bersalin

Masalah nak buang air besar boleh jadi teruk sekiranya

a) Bersalin secara forsep/ vakum

b) koyakan teruk masa bersalin

c) ada mengambil pil zat besi untuk tambah darah.

 

Sebenarnya perasaan takut untuk membuang air besar juga akan menerukkan masalah untuk membuang air besar kerana bila takut otot pencernaan akan mengecut dan bergerak perlahan instead of mengendur dan relax untuk membuang.  Tidak membuang air besar akan lagi memudaratkan kerana sembelit akan meregangkan lantai pelvis.  Di sini saya ingin kongsikan beberapa langkah untuk melegakan sembelit selepas bersalin.

1)Minum air secukupnya bagi memudahkan penghadaman. Lagila ibu yang menyusu. Selain dapat kurangkan sembelit, air dapat mengurangkan kehilangan air semasa menyusukan bayi.

2)Makan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran

3)Jangan duduk dan baring sahaja. Cuba berjalan perlahan-lahan selepas makan bagi melancarkan sistem penghadaman.

4)Jangan tangguh untuk ke tandas. Sebab bila tangguh tu yang sembelit lagi teruk.

5)Gunakan tandas duduk  dan duduk sepenuhnya. Jengketkan kaki sedikit guna bangku kecil seolah macam mencangkung. Cuba bongkokkan badan dan bangun beberapa kali untuk menggerakkan otot perut. Tekan lembut pada kawasan perineum kerana ia akan merangsang refleks pada dubur dan memudahkan proses membuang air besar.

6.Sekiranya masih tidak berjaya,  dapatkan nasihat doktor untuk penggunaan julap bagi melawaskan pembuangan air besar.

7.Amalkan pengambilan suplemen yang tinggi magnesium bagi membantu melawaskan pembuangan air besar.

 

Bagaimana Ostematrix Shaklee membantu Melegakan Masalah Sembelit Selepas Bersalin?

Ostematrix Shaklee mengandungi Magnesium yang membantu meningkatkan kandungan air dalam usus dan membantu pergerakan usus dengan lancar. Bila pergerakan usus lancar, makanan mudah dicerna dan najis dapat dibuang dengan lancar.

Ostematrix Shaklee juga mengandungi kalsium yang penting untuk keperluan wanita terutama yang menyusu kerana paras kalsium yang rendah boleh menyebabkan susu merudum dan menyebabkan sakit-sakit badan. Suplemen kalsium juga sangat membantu ibu untuk mendapat tidur yang lebih lena walaupun sekejap. Almaklumla dengan kehadiran bayi, tidur ibu akan terganggu sedikit. Bila ibu dapat tidur yang lena, ibu tidak akan mudah stress dan pengeluaran susu juga tidak akan terganggu. Boleh lihat testimoni ini

 

 

Berminat dengan ostematrix Shaklee?

Hubungi Fathimah

0132480986

Atau

Order Online

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge