Tips Untuk Bebas Hutang Supaya Hidup Lebih Tenang

Dengan zaman serba serbi mencabarni,  walaupun gaji besar belum mampu memiliki sebuah rumah atau kereta Berhutang bukan perkara luar biasa dah sekarang. Setiap orang pasti mempunyai hutang atau pernah berhutang dalam menempuh kehidupan mencabar hari ini. Sama ada hutang rumah, kad kredit, pinjaman kereta, hutang kahwin, hutang peribadi dan pelbagai lagi termasuk hutang belajar. Hutang ni wajib dibayar walau tidak dituntut. Kalau bank mesti ramai yang ikut betul-betul bayar tapi kalau dengan orang ada masa boleh skip bayar juga.

Sebenarnya dalam Islam kita tidak digalakkan untuk berhutang.  Sedangkan ada doa untuk mengelak dari berhutang kan. Tapi dari segi syarak,  hutang ni dibahagi kepada

a) Hutang kerana keperluan macam tempat tinggal dan kenderaan. Hukumnya harus. Ini dinyatakan dalam al-Quran

“Wahai orang yang beriman, apabila kamu berbelian secara hutang yang ditentukan pembayaran (atau penghantaran) pada suatu tarikh tertentu, hendaklah kamu menulisnya…” (Al-Baqarah 282)

Tapi hutang ini perlu dicatat bagi mengelak lupa atau penipuan.  Hukum mencatit dalam dokumen ni sunat tapi dalam keadaan mencabar macam ni,  lebih selamat catit.  Penghutang dan orang yang dihutang terjamin.Jangan perc

b) Hutang untuk kepuasan diri yakni berhutang untuk membeli sesuatu di luar kemampuan diri contoh beli iphone ke kereta mercedes ke sedangkan tak mampu. Hukumnya boleh jadi haram atau makruh.

Hutang ni kalau diurus dengan betul masih boleh survive. Tapi bila dah tersepit dengan ekonomi sekarang dan anak mula bersekolah mungkin boleh lakukan beberapa  tips untuk bebas dari hutang supaya hidup lebih tenang dan bagi mengelakkan stress. Apatah lagi pertelingkahan keluarga. Kerana duit boleh jadi hilang saudara.

1. Berbelanja Hanya Menggunakan Tunai Sahaja(Beli Barang Cash)

Elakkan sebarang pembelian dengan berhutang samada kad kredit atau ansuran dari kedai yang ditawarkan(macam beli perabot).  Ini sebabnya kita membayar harga barang tu berkali ganda dari harga asal barang disebabkan ada bunga di situ. Bayangkan beli barang harga cash RM2000 sebab bunga walaupun bayar bulan-bulan sikit bila dikira balik sebab ansuran dah jadi RM3000.

 

2. Elakkan Guna Wang Simpanan

Setiap bulan, bila dapat gaji je terus simpan 10% dari gaji. Buat ni dulu sebelum set peruntukan untuk membayar segala hutang piutang yang ada. Jangan sesekali berbelanja sebelum menyelesaikan hutang supaya tiada yang tertunggak. Hutang ni tanggungjawab yang perlu dilangsaikan segera. Sebab amalan seseorang tu pun akan tergantung kalau dia mati meninggalkan hutang.  Sangat penting untuk konsisten membayar ansuran setiap bulan supaya daat keluar dari masalah hutang yang berpanjangan. Paling bagus sekiranya ada lebihan wang atau mendapat bonus pada bulan itu, gunakan untuk bayar hutang supaya lagi cepat dilangsaikan.

 

3. Biar Nampak Miskin Asalkan Bebas Hutang

Jangan diikut pepatah ‘Biar papa asal bergaya’. Rela duduk rumah PPRT tapi pakai kereta HRV. JANGAN SESEKALI BERGAYA TIDAK KENA TEMPAT.

Bermula secara seadanya, jangan terlalu mengikut trend semasa untuk menunjuk-nunjuk semata-mata inginkan pujian semata kerana kelak ia bakal merugikan kita. Bukan orang nak bayarkan hutang kita pun. Biar kita bersusah sekarang untuk hidup bebas hutang supaya hidup jadi tenang dan tak serabut.

4. Pertimbangkan Semula Duit Sewa

Jika kita merasakan terbeban dan tidak berbaloi tinggal di rumah yang kos sewanya terlalu tinggi, mungkin kita patut mempertimbangkan semula mencari rumah yang sewa yang lebih murah. Ia adalah langkah penjimatan yang membawa keuntungan kerana lebihan duit yang ada boleh disimpan untuk kegunaan membeli rumah sendiri nanti. Lebih baik ada rumah sendiri kerana harga sewa rumah akan tetap naik berbanding kalau kita bayar ansuran rumah yang bayarannya tetap sampai habis tempoh peminjaman.  Saya ingat masa saya mula kahwin, kami menyewa rumah dengan bayaran sewa RM380 pada 2012. Kemudian kami mengambil keputusan membeli rumah yang besar sedikit pada 2013 dengan bayaran ansuran RM780. Tup-tup rumah yang kami sewa dulu pada tahun ni 2018 sewanya sudah rm700. Rumah yang kami beli sekarang ni kalau disewa sudah RM1200😱

 

 

5. Jangan Menambah Hutang Lagi

Biasala kan apabila tengok hutang yang sedia ada dah nak habis, mulala fikir nak buat hutang lain kan. Fokus ok. Jangan memandai nak tambah hutang kecuali kalau memang keperluan. Ramai rasa dalam safe mode especially bila ada kad kredit nak guna je.

6. Pendapatan Sampingan

Carilah pendapatan sampingan yang lain kerana sedikit sebanyak ia akan membantu menambah kewangan kita. Macam guru tuisyenke, guru mengajike, menjalankan perniagaan secara atas talianke, menjadi agen dropship atau apa sahaja pekerjaan halal yang boleh dilakukan. Kalau berniaga sampingan ni kan sunnah. Lagi satu dapatla gunakan masa terluang untuk berniaga daripada duk membawang tak tentu hala kan.

Pada saya berniaga merupakan cara terbaik untuk bebas dari hutang agar hidup jadi tenang kerana pendapatan kita akan bertambah bila berniaga. Bayangkan kita beli produk dengan harga RM136. Kemudian kita jual dengan harga RM161, kita sudah dapat keuntungan RM25.

Minat berniaga?

Tapi malu nak berhadapan dengan orang ramai?

Jom sertai saya buat bisnes online di Team Shimmer.

Tak perlu simpan stok

Dan tak perlu membuat pengeposan.

Yang paling penting produk yang nak dijual ni telah diuji keberkesan dan keselamatannya.

Berminat?

Hubungi Fathimah

0132480986

Semuanya di hujung jari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge