Cara Nak Turunkan Bacaan Gula Supaya Tidak Cucuk Insulin

Penyakit kencing manis ni adalah penyakit dah jadi dominan di negara kita. Bayangkan setiap 1 daripada 5 orang di Malaysia ada kencing manis.  Kalau dulu banyak kaitkan kencing manis dengan punca keturunan. Tapi dalam era Malaysia yang makin moden ni kebanyakan penyakit kencing manis ni disebabkan pemakanan tak seimbang dan berat badan berlebihan.

Banyaknye fast food

 

Sebelum jumpa doktor macam-macam cara dah buat untuk turunkan bacaan gula tapi asal jumpa doktorje gula naik. Asal jumpa doktorje gula naik. Sampai stress dibuatnya.  Kalau boleh tak nak la sampai kena cucuk insulin sebab ngeri dengan jarum.  Tapi kalau gula dah tinggi sangat nak tak nak kena cucuk insulin juga.  Almaklumla gula tinggi boleh jadikan sakit jantung,  kaki kena potong, buta, kebas-kebas dan yang paling teruk buah pinggang rosak.  Bila buah pinggang rosak,  kena dialisis pulak.  Duit lagi.  Bukan sikit sekali dialisis. Sampai sebulan gaji harga dia.  Untung kalau dapat bantuan. Kalau tak dapat siksa nak bayar kos rawatan.  Harga ubat pun makin lama makin mahal. Untung kerajaan kita sponsor.  Bayar RM1 dah boleh dapat ubat harga ratusan ringgit.

 

Sayangkan badan tak?  Jom saya kongsikan cara turunkan bacaan gula supaya sentiasa terkawal dan tidak sampai kena cucuk insulin:

1. Sentiasa Bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu dengan masa 30minit 1sesi. Ini bagi menambahkan sensitiviti insulin terhadap gula.  Jadi lebih banyakla gula dapat ditukarkan kepada tenaga.

Tak cukup masa?  Sekejapje la.

Sakit kaki?  Tak boleh lari?Jangan risau.  Duduk pun boleh bersenam.

Kerja saya berjalan je.  Itupun dikira bersenamke?Kalau dah memang rutin,  tak efektif sangat nak turunkan bacaan gula sebab otak buat dalam keadaan tertekan. Better bersenam dalam keadaan otak rehat.Jadi lagi banyak gula akan ditukar pada tenaga.

 

2.Makan secara seimbang.  Gunakan konsep suku-suku separuh masa makan. Paling penting makan sikit tapi banyak kali. Ramai salah anggap bila guna beras perang bacaan gula turun dan masa makan tak ingat nak sukat.  Tapi sebenarnya beras perang ni kandungan gula dia lebih kurang sama je dengan beras biasa. Yang beza cuma dia tinggi serat dan berikan rasa kenyang yang lama. Banyakkan juga sayur-sayuran dan makan buah-buahan mengikut sukatan yang betul.

 

3.Amalkan gaya hidup sihat. Kalau yang merokok tu cubala untuk berhenti sebab bila merokok, risiko untuk kena sakit jantung tu berkali ganda dari orang yang ada kencing manis tak merokok. Dan orang yang merokok ni susah nak turunkan bacaan gula. Jangan terus berhenti. Kurangkan sedikit demi sedikit. Gunakan konsep 5D.

Delay-bila rasa nak merokok tu tangguhkan dengan buat benda lain macam berkebun, mop lantai ke menyanyike. Rasa ketagihni kuat antara 3-5minitje pastu dah ok.

Distract-Alihkan perhatian nak merokok tu dengan cara buat teka silangkata, membaca atau bermain dengan cucu.

Drink-Minum Air Banyak-banyak. Sebab air yang mencukupi dapat kurangkan rasa nak merokok.

Deep Breath-Tarik nafas dalam-dalam.Ini boleh kurangkan tekanan yang boleh menyebabkan rasa nak merokok.

Discuss-Berbincang dengan ahli keluarga dan kawan-kawan tentang impian nak berhenti merokok. Paling bagus buat akujanji tampal dekat peti ais. Asal tengokje mesti ingat. Dan sediakan tabung denda yang mana duit yang biasa guna untuk merokok tu masukkan dalam tabung sehingga betul-betul berhenti merokok. Lepastu boleh buat reward pada diri sendiri.

 

Kalau rasa berat badan lebih tu usahakan untuk kurangkan berat badan sebab lagi tinggi berat,insulin dalam badan kita akan jadi malas dan resistan(susah nak turunkan bacaan gula)

4.Minum air masak dengan cukup. Paling bagus 8cawan sehari. Jangan minum jus oren pula. Sebab air masak mampu buang gula berlebihan melalui kencing dan peluh. Ia cara yang mudah sekali nak turunkan bacaan gula.

5.Kurangkan tekanan. Sentiasa berfikiran positif.  Sebab bila tertekan badan kita akan keluarkan hormon macam glukagon yang akan tingkatkan gula dalam darah. Jangan pulak terlampau takut time nak jumpa doktor. Relaks je. Bacaan gula pun ok.

6.Amalkan pengambilan suplemen.

Bila cakap pasal suplemen, macam-macam suplemen ada dekat pasaran yang katanya mampu turunkan bacaan gula. Tapi sejauh mana ia selamat dan berkesan?

Sebabtu saya ingin mencadangkan Vivix,makanan tambahan yang mampu memberikan nutrisi seimbang untuk tubuh. Vivix ni telah mendapat pengiktirafan saintis dunia yang merupakan pemenang hadiah Nobel 2009 iaitu Dr Elizabeth Blackburn yang mana Vivix mampu memanjangkan telomeres(sejenis penutup kromosom yang melindunginya dari kerosakan) dalam badan. Semakin cepat telomeres memendek semakin mudah badan kita nak tua dan terdedah kepada penyakit degeneratif seperti kanser, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. Vivix juga mengandungi resrevatrol yang berfungsi membantu

a)Mengelakkan kerintangan insulin. Jadi insulin boleh bekerja dengan lebih baik dan tak malas la kan. Jadi senang turunkan bacaan gula ke paras normal.

b)Meningkatkan enzim SIRT1, sejenis enzim  yang bertengganggunjawab terhadap rembesan insulin dalam badan. Bila enzim ini diaktifkan, tahap gula dalam darah akan berada pada paras normal

c)Mencegah penghasilan protein AGE

Protein AGE ialah hasilan protein yang terikat dengan gula yang boleh mempercepatkan penuaan. Lebih banyak kita terdedah dengan radikal bebas, Lagi cepat penghasilan protein AGE berlaku.  Disebabkan Vivix mengandungi sifat antioksida yang tinggi, Vivix mampu mengurangkan penghasilan protein AGE.

Jadi, Vivix memang pilihan yang terbaik kerana ia telah mendapat hak paten dan telah dibuat ujian klinikal di universiti.

Harus diingat Vivix bukan ubat yang mampu menyembuhkan penyakit kencing manis. Pengambilan ubat doktor masih perlu diteruskan. Cuma pemilihan Vivix sebagai suplemen harian mampu membantu turunkan bacaan gula dengan cara mendapatkan bacaan gula yang diidamkan iaitu 4.4-6mmol/L .

Jom Vivix. Masih ragu-ragu dengan Vivix? Ini perbezaan Shaklee dan Masih berkira dengan harga Vivix?

Boleh lihat testimoni ini,

Berminat dengan Vivix?

Hubungi saya

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Fathimah Azzaharah

0132480986

ATAU

Order Online

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge