Amalan Gaya Hidup Sihat

Kencing Manis, darah tinggi, kolestrol, sakit jantung,kanser dan banyak lagi dah jadi macam satu fenomena biasa rakyat Malaysia. Setiap hari juga ada je kematian mengejut yang berlaku. Dalam tidur, tengah solat, tengah bercakap. Penyakitni dah jadi macam bom jangka. Siapa2 boleh kena. Baik tua mahupun muda. Baik gemuk mahupun kurus. Itu belum lagi cerita kanser yang tiba-tiba diagnos kanser tahap keempat. Sepatutnya lagi negara kita maju lagi kurang penyakit di negara ini. Tapi yang berlaku sebaliknya. Seharusnya kita peka dengan amalan gaya hidup sihat bila dunia maya berkembang laju.

Almaklumlah negara kita mewah dengan makanan. Dan masing-masing nak rasa. Muncul saja makanan viral, beratur orang nak cuba tanpa fikir kandungan gula dan lemak Kalau tak cuba dilabel tak ikut arus.

Cakap saja makanan viral terkini teh ais power, coffee meleleh, boba tea, bomboloni, shell out ,pisang goreng cheese boleh agak tak berapa kalori dia. Dah tak ikut amalan gaya hidup sihat.

Seharusnya kalau setiap orang dalam Malaysia ni jaga pemakanan dan amalkan aktiviti yang sihat pasti susah nak kena penyakit. Makanan proses jangan cakapla melambak di pasaran dari minuman 3 dalam 1,maggi,burger,sosej dan banyak lagi. Asal cutije berapa ramai yang tak tidur balik pergi bersenam ke berkebun ke. Bangun2 terus pekena roti canai dan teh tarik. Konon sesekali cuti katanya.

Cuba kita tengok orang dulu-dulu takdala sesenang mana. Tapi susah nak sakit walaupun makan nasi pagi sampai malam. Anak pun berderet berbelas-belas. Sebabnya nak pergi mana2 berjalan. Peluh keluar. Pastu berkebun, dah tentu makan sayur tanaman sendiri. Tu sihat luar dalam. Kita? Beli sayur dan buah(ntah berapa banyak racun dia bubuh). Konon nak makan yang sihat, jadi tak sihat. Pulak tanah tanaman sekarang tak tinggi kandungan nutrien berbanding dulu. Ada kemungkinan jadi penyebab kesukaran mendapat zuriat.

Sebabtu zaman sekarangni penting untuk kita tengok apa yang kita makan dan lakukan amalan gaya hidup sihat.Kalau kita tak bertindak sekarang kita mungkin akan end up dengan bermacam penyakit. Lagi kalau ada diabetes. Gula dalam darah tinggije akan berjangkit jadi sakit jantung la lepastu gangrene la, buah pinggangla. Kalau sekarang dah ada kencing manis pulak, jomla jaga makan dan teruskan amalan gaya hidup sihat agar ia tak berlarut jadi penyakit lain.

Live healthy, stay healthy.

Berminat nak baca revolusi penuaan sihat?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge