Cara Elak Batuk Selsema semasa Jerebu

Bulan septemberni memang mencabar. Almaklumlah jerebu sana sini.

Bila time jerebu ni, kita kena peka dengan bacaan indeks pencemaran udara. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). Banyak pula kawasan di Malaysia ni yang IPU lebih 100 kan

Keadaan ini dijangka mungkin berterusan memandangkan masih terdapat bilangan titik panas (hotspot) di Indonesia seperti dipaparkan di laman web Asean Specialised Meterorological Centre (ASMC)

Nak bernafas pun tak selesa. Batuk selsema jangan cakapla. Pakai mask keluar pun boleh kena. Mana taknya dalam rumah pun asap jerebu pun boleh masuk. Boleh ke nak elak batuk selsemani? Rimas bila dah kena. Srot sreet bunyinya. Dapat pula bila time dapat ubat, tidur dibuatnya kesan pengambilan ubat. Satu kerja tak jadi.

Sebabtu masa time jerebu ni ada beberapa cara untuk elak batuk selsema supaya boleh bernafas dengan selesa.

1.Kurangkan aktiviti di luar rumah. Memang sakit sikit kalau siapa dah biasa jenis bersenam dengan berjoging dan bersukan kat luar kan. Tapi tak apa boleh je nak beraerobik di dalam rumah. Keluar peluh juga.

2. Sebanyak mungkin berada dalam bangunan dengan pintu dan tingkap bertutup. Bagi yang dah dapat cuti, jangan pula seronok shopping atau makan angin kat luar. Udara tak sihat ni.

3.Kerap cuci muka dan mandi

4. Banyakkan minum air kosong antara 2-3 liter sehari bagi proses detoksifikasi toksin yang diserap melalui kulit dan paru-paru. Toksin nila yang jadikan daya tahan kita rendah. Mudah nak batuk selsema. Jangan pulak syok layan minum boba tea. Nanti kencing manis pula. Lepastu bila gula tinggi dalam badan lagi mudah bakteria membiak.

5. Semasa berada dalam kenderaan di atas jalan raya, tutup tingkap.Kalau yang naik motor tu jangan lupa pakai mask.

6. Kalau berada di luar bangunan atau tempat terbuka jangan lupa pakai mask. Paling bagus pakai n95

N95 Jenis Duck Face
N95 3M

Jenis ni kira jenis yang baik. Diperbuat daripada beberapa lapisan bahan yang elastik dan dapat menapis hampir semua jenis partikel daripada masuk ke dalam rongga pernafasan kita. Topeng muka N95 sudah diuji dan disahkan mampu menapis sehingga 95 peratus partikel halus berukuran 0.3 mikron dalam udara berjerebu oleh Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH) Amerika Syarikat. Malah, Kementerian Kesihatan turut menasihatkan penggunaan N95 terutama sekiranya bacaan IPU mencecah 101 ke atas.

7. Peka dengan IPU semasa. Rajin tengok berita. Jangan duduk dalam rumah layan marathon drama pulak. Bila dah 150 ipu janganlah keluar rumah.

8. Gunakan penapis Udara bagi menapis Udara. Sekarang ada banyak jenama. Boleh je pilih yang mana berkenan di hati tapi kalau not on budget susah juga.

9.Amalkan amalan membasuh tangan yang betul setiap kali masuk rumah. Kalau orang dulu-dulu mesti dia letak tempayan air kat depan rumah buat basuh tangan dan kaki sebelum masuk rumah.

Paling penting amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Jangan duk dalam rumah duk layan mcdelivery je sebab tak boleh keluar rumah. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi antioksida untuk kesihatan yang optimum.

Pengambilan suplemen masa tengah jerebu ni sangat digalakkan untuk elak batuk selsema. Antara suplemen Shaklee yang boleh diambil adalah:

1.Sustained Release Vitamin C-kajian mendapati, vitamin C mampu mencegah simptom-simptom yang berkaitan dengan masalah respiratori seperti asthma. Vitamin C juga kaya antioksida dan mampu meningkatkan daya tahan badan kita. Pelepasan secara perlahan Vitamin C Shaklee ni mampu memberikan keperluan vitamin C yang optimum untuk badan


2. Garlic Shaklee : allicin yang terdapat dalam bawang putih secara tradisional pada zaman dahulu telah digunakan untuk melegakan batuk, selesema dan jangkitan respiratori. Pengambilan suplemen garlic adalah penyelesai masalah untuk mereka yang tak sanggup kunyah bawang putih mentah-mentah.

3.Omega Guard Shaklee : Asid lemak omega 3 yang terkandung dalam omega guard Shaklee membantu memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan keradangan salur pernafasan pada pesakit asthma. Asid lemak omega 3 juga mampu meningkatkan daya tahan badan tubuh terhadap batuk dan selsema.

4.Vivix Shaklee- Polifenol yang kaya dalam Vivix memberikan kesan antioksida yang tinggi dalam badan kita dan sangat membantu dalam proses detoksifikasi badan seterusnya memberikan kesihatan yang optimum kepada badan.

5.Nutriferon Shaklee-Biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan Japanese honeysuckle yang terdapat dalam Nutriferon menyokong dan merangsang respon imuniti semulajadi badan seterusnya meningkatkan daya tahan tubuh terhadap batuk selsema.

Sekiranya berminat dengan suplemen ini, boleh hubungi saya:

Pengedar Shaklee Malaysia

Fathimah Azzaharah binti Kamaludin

0132480986.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge