Resipi Nasi Kandar Mudah dan Menyelerakan.

Pagini nak share resipi nasi kandar ala2 Deen Maju yang husben buat semalam. Seriously resipi ni sangat mudah dan menyelerakan. Almaklumla mesti ramai nak pekena nasi kandaq kan? Lagi-lagi time PKP ni nak mai Penang pun susah.

Okla jom kita tengok resipi

1)Ayam Goreng Mamak(anggaran 8ketul ayam)
-Halia dan bawang putih dikisar/tumbuk
-rempah kari ayam
-serbuk kunyit
-serbuk cili
-telur sebiji
-daun kari
-tepung beras
-tepung jagung
-garam secukup rasa

Gaulkan kesemua bahan dan perap sekurang2nya 30min. Lagi lama lagi sedap.
Pastu baru goreng.
Better goreng api panas n ktorang goreng dua kali sbb salutan dia tebal baaru ayam masak.

2.Kari sotong (anggaran 4 ekor sotong besar)
-Sebiji bawang besar diracik
-4 sekawan( kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
-Daun pandan
-daun kari

  • bwg kecik, bwg putih dan halia(dikisar sekali)
    -3sb serbuk kari. Ktorang pakai kari ayamje.
    -1sb serbuk kunyit
    -1sb serbuk cili
    -Sotong
    -gula dan garam secukup rasa

Tumis bawang besar,4 sekawan, daun pandan, daun kari sampai naik bau.
Masukkan serbuk kari, serbuk cili n serbuk kunyit. Goreng sampai pecah minyak
Masukkan bahan kisar
Agak2 dah masak, masuk air
Masukkan sotong
Buh garam dan gula(Amaran-buh gula sikitje utk seimbangkan rasa. Buh banyak2 kang jadi pengat pulak)

  1. Kuah hitam(Ini y buat nasi kandaq jadi umph)
    -Sebiji bawang besar diracik
    -cili kisar. Ikut resipi asal 3 sb tapi sbb cili kitorng pedas,letak satu sudu setengahje
    -daun kari
    -daun pandan
    -serbuk kari
    -kicap manis

Tumis bawang, daun kari dan daun pandan smpai naik bau
Buh serbuk kari dan cili kisar. Goreng sampai pecah minyak
Buh kicap manis
Siap

Additional side dish
Telur rebus
Celur bendi
Goreng papadom

Time nak makan campur kuah atas nasi. Taknak makan banyak2 sangat tips dia makan anak beranak dlam dulang. Feel dia lain macam. Resipi yang mudah dan menyelerakan ni siapa tak nak buat kan?

Selamat mencubašŸ˜

Perlukan vitamin untuk jaga kesihatan kita, jom amalkan vitamin Shaklee. Boleh hubungi saya:

Fathimah

0132480986

Pengedar Shaklee Pasir Gudang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge